Pengumuman & Berita
 
  Pengumuman & Berita > Pengumuman Terkini>Koperkasa Catat Keuntungan RM2,337,588
 

Koperasi Koperkasa Berhad catat keuntungan RM2,337,588

Sri Aman, Khamis, 11 Jun 2009 - Koperasi Koperkasa Berhad telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM2,337,588  bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini demekian menurut Pengurus Besar Rakyat Asset Management Sendirian Berhad  merangkap Pentadbir Koperkasa Berhad, Haji Azizan Abdul Gani.

             
............Menurut beliau pencapaian Koperasi Koperkasa Berhad boleh dikatakan meningkat untuk tahun ini apabila mereka hanya mencatat kan keuntungan sebanyak RM1,625,999 bagi sepanjang tahun 2008.
 
          “Peringkat keuntungan Koperasi Koperkasa Berhad ini adalah hasil dari perlaksanaan langkaj penjimatan kos yang lebih banyak melibatkan hal bahagian pengurusan”.
 
          “Dengan kata lain pihak Koperasi Koperkasa Berhad mahu mencatatkan keuntungan lebih banyak berbanding tahun sebelumnya dengan memperkenalkan langkah berbelanja secara berkhemah” katanya ketika mengadakan lawatan ke bangunan baru Pejabat Koperasi Koperkasa Berhad Sri Aman hari ini.
 
          Selain itu pihaknya kini juga menurut beliau akan mempromosi Koperasi Koperkasa Berhad kepada Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi mempertingkatkan jumlah pinjaman terhadap Koperasi itu di masa akan datang.
 
           Koperasi Koperkasa Berhad ini menurut Azizan sudah pun meluluskan pinjaman sebanyak RM27,795,772  kepada Anggota Koperasi terbabit bermula awal tahun ini berbanding RM39 juta untuk tempoh sepanjang tahun lepas.
           
...........“Kita mahu lebih ramai kakitangan kerajaan untuk menyerti Koperkasa dan seterusnya membuat pinjaman kewangan menerusi  koperasi ini demi meningkatkan jumlah keuntungan dan nilai bayaran dividen kepada setiap Anggota”.
           
...........“Jadi adalah lebih baik bagi Anggota Koperkasa membuat pinjaman mereka disini kerana mereka akan mendapat bayaran dividen (bergantung pada nilai keuntungan) berbanding dengan membuat pinjaman di institusi kewangan yang lain”. Katanya.
           
...........Koperasi Koperkasa Berhad telah memperoleh pusingan modal bernilai RM81.2 juta hasil yuran Anggota terkumpul bernilai RM75 juta dan simpanan Saham bernilai RM6.2 juta pada masa sekarang.
           
...........Dengan jumlah 26,400 Anggota semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1949 dahulu, Koperasi Koperkasa Berhad juga telah mencatatkan baki pinjaman anggota sebanyak RM105,179,174 dengan baki syer Anggota sebanyak RM6,290,000.
 

...........Terdahulu beliau bersama Pembantu Pentadbir Rakyat Asset Management Sendirian Berhad, Haji Abdul Rahman Abdul Majid, Penolong Pengurus Besar Koperasi Koperkasa Berhad, Ismail Abdul Rani, dan kakitangan Koperkasa yang lain.   

Jumaat, 12 Jun 2009 - Utusan Sarawak